499 Bakul Makanan BKSS Diagihkan Di 4 Buah Kampung Dan 20 Rumah Panjang Di Labang

SELASA, 8 JUN 2021

SEBAUH: Program pengagihan Bakul Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 mula dilaksanakan di Daerah Sebauh pada Ahad. 

Pengagihan bakul makanan ini dilaksanakan secara berperingkat dan sebanyak 499 diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan empat buah kampung dan 20 buah rumah panjang di kawasan Labang. 

Pengagihan dibahagikan kepada tiga pusat iaitu di Restoran Teban, Kampung Labang dan Simpang Tiga Maskat bagi mengurang kesesakan dan mematuhi  Prosedur Operasi Standard (SOP).

Proses pengagihan bantuan bakul makanan BKSS telah mendapat kerjasama daripada banyak pihak dengan setiap rumah panjang dan kampung ditetapkan dua orang wakil sahaja. -EDISI UKAS

Share

add comment