620 KIR di kawasan Zon Cina Bau Terima Bantuan Bekalan Makanan SarawakKu Sayang

SELASA, 8 JUN 2021

BAU: Seramai 620 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Zon Cina Bau yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menerima agihan Bantuan Bekalan Makanan SarawakKu Sayang (BBMSS) pada Selasa.

Program BBMSS sumbangan kerajaan Sarawak itu telah dikendalikan oleh para petugas pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Penerima BBMSS tersebut membabitkan jumlah KIR dari kawasan Cina Buso, Kawasan Tondong, Kawasan Taiton / Lubang Angin dan Kawasan Bidi / Nam Leong Krokong dengan setiap kawasan tersebut masing-masingnya seramai 80 KIR.

Manakala bagi Kawasan Musi, Kawasan Jambusan, Kawasan Bandar Bau, Kawasan Sebuku, Kawasan Bau Lama dan Kawasan Krian & Tanjung Batu pula masing-masing seramai 50 KIR.

Turut membantu dalam melancarkan program tersebut adalah Ahli Majlis Daerah Bau dan para Kapitan kawasan berkenaan. – EDISI UKAS

Share

add comment