750 Ketua Isi Rumah Di Pekan Sebuyau Terima Bantuan Bekalan Makanan

SELASA, 8 JUN 2021

SEBUYAU: Seramai 750 orang Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Pekan Sebuyau yang terdiri dari 10 buah kampung telah menerima bantuan bekalan makanan pada Selasa.

Bantuan bekalan makanan berkenaan merupakan bantuan kepada penduduk di kawasan tersebut yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang telah diumumkan.

Pengagihan bantuan makanan yang diedarkan kepada penduduk kampung telah dikendalikan oleh Pusat Khidmat DUN Sebuyau, PBB Cawangan Sebuyau dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan berkenaan.

Sementara itu, penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi dan kerajaan negeri di atas bantuan berkenaan. -EDISI UKAS

Share

add comment