767 KIR Dari Kawasan Padawan Mula Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

SELASA, 8 JUN 2021

PADAWAN: Pejabat Daerah Kecil Padawan memulakan pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Padawan pada Selasa.

Sebanyak 767 bungkusan makanan berjaya diagihkan kepada 767 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan tersebut.

Berdasarkan rekod, terdapat seramai 10,070 KIR dari 83 buah kampung dan lokaliti dijangka menerima bantuan makanan bagi kawasan Siburan dan Padawan. –EDISI UKAS

Share

add comment