8,500 Pek Bantuan Makanan Mula Diagih Kepada KIR Di Meradong

SELASA, 8 JUN 2021

MERADONG: Sebanyak 8,500 pek Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang mula diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan DUN Meradong.

Menurut ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing proses agihan mula dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bekalan Makanan Bahagian Sarikei pada Isnin.

“Hari ini kawasan Meradong mendapat sebanyak 8,500 pek bantuan makanan. Saya berharap semua B40 atau M40 dapat bantuan dari pihak Kerajaan Negeri.

“Ini sangat penting dalam situasi sukar ketika ini,” katanya kepada UKAS selepas menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan itu Dewan Pejabat Daerah Meradong.

Datuk Ding sekali lagi mengingatkan penduduk di Meradong untuk terus mematuhi garis paduan (SOP) bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Hadir sama pada majlis serahan itu Timbalan Residen Bahagian Sarikei, Mohd Porkan Abg Budiman dan Wakil Pegawai Daerah Meradong Mastia Jaini.

Sementara itu, salah seoarang penerima, Tuai Rumah Jawi Abu dari Sungai Gemuan Bintangor amat berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Datuk Ding di atas bantuan tersebut.

Ucapan terima kasih turut dinyatakan Ketua Kaum Rabaee Mat dari Darul Falah Sg Gemuan Bintangor kepada Kerajaan GPS dan Datuk Ding atas keprihatinan terhadap penduduk di Meradong. – EDISI UKAS

Share

add comment