ADUN Batu Danau Sertai Agihan Bakul Makanan BKSS

SELASA, 8 JUN 2021

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Palus Palu Gumbang turun padang dan menyertai sendiri proses pengagihan Bakul Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di tiga tempat iaitu Dewan kampung Limpasong, Dewan Kampung Batu Danau dan perkarangan Rumah Panjang Tajing, Kampung Sungai Puru pada Isnin. 

Ini merupakan hari kedua penghantaran Bakul Makanan BKSS di DUN Batu Danau melibatkan 1,054 orang penerima daripada 21 buah kampung. 

Sepanjang pengagihan itu, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa diberikan keutamaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

Kebanyakan penduduk yang meneriam bantuan Bakul Makanan BKSS mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas keprihatinan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Batu Danau Kaunselor Elvis Mathew dan Penghulu Lalam Sambat. -EDISI UKAS

Share

add comment