Bina Kolam Takungan Air Atasi Masalah Perparitan Pekan Pantu

SELASA, 8 JUN 2021

PANTU: Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) Bahagian Sri Aman telah mengambil inisiatif membina kolam takungan air bagi mengurangkan masalah sistem perparitan di Pekan Pantu.

Kolam tersebut dibina berdekatan dengan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Pantu berfungsi sebagai penakung air yang disalurkan daripada kawasan pekan Pantu, kuarters kerajaan dan kawasan berhampiran.

Sebelum ini kawasan tersebut sering mengalami banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang sedia ada gagal untuk mengatasi masalah itu.

Selain itu, saliran yang lebih besar juga akan dibina bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan pekan Pantu untuk melancarkan saliran ke Sungai Batang Strap Pantu. –EDISI UKAS

Share

add comment