Datu Len Mahu Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang Segera Diagihkan

SELASA, 8 JUN 2021

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh mahu Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang diagihkan dengan segera kepada 2,698 Ketua Isi Rumah (KIR) di DUN Kuala Rajang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, penglibatan dan kerjasama Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat serta Tuai Rumah turut diperlukan untuk melancarkan kerja-kerja pengagihan.

Tambahnya, keutamaan akan diberikan kepada isi rumah golongan B40 dan berharap dapat meringankan beban sara hidup rakyat dalam keadaan pandemik COVID-19 yang belaku sekarang.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan tersebut di Sarikei pada Isnin.

Pada program berasingan, Datu Len turut meninjau projek penyediaan Tapak Tanah Perkuburan Islam Sarikei.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pejabat Agama Islam Sarikei (JAIS) yang telah melakukan kerja-kerja pengesahan dan menentukan arah Kiblat bagi tapak perkuburan tersebut pada minggu lepas.

Datu Len turut meninjau projek menaiktaraf Jalan Melor dan Jalan Cempaka di Kampung Seberang Sarikei.-EDISI UKAS

Share

add comment