Empat Buah Kampung Di DUN Kedup Terima Bantuan Makanan BKSS 6.0

SELASA, 8 JUN 2021

SERIAN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup meneruskan program pengagihan bantuan makanan kepada empat buah kampung di kawasan DUN Kedup pada Isnin.

Sumbangan melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben tersebut telah diserahkan kepada  441 Ketua Isi Rumah (KIR).

Penyampaian sumbangan diberikan kepada ketua-ketua kampung untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Engkeroh (195 KIR), Kampung Pulau Piranuk (59 KIR), Kampung Mayang Kawan (74 KIR) dan Kampung Mayang Mawang (113 KIR).

Sehubungan itu, Pusat Khidmat DUN Kedup telah menyerahkan sebanyak 818 bantuan makanan daripada 5,269 KIR yang didaftarkan.

Program pengagihan ini dijangka selesai menjelang 12 Jun 2021. –EDISI UKAS

Share

add comment