Guna Bot Sewa Penduduk Hantar Bekalan Makanan BKSS

SELASA, 8 JUN 2021

MULU: Bot sewa milik penduduk tempatan telah digunakan untuk menghantar Bekalan Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) ke penempatan di sepanjang Sungai Melinau Mulu pada Isnin. 

Keadaan arus Sungai Melinau yang merbahaya kepada bot kecil menyebabkan Pusat Khidmat DUN Mulu dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi terpaksa menyewa bot besar bagi memastikan bekalan makanan sampai kepada penduduk. 

Bot yang membawa muatan bekalan makanan telah berlabuh di Pengkalan Perahu “Wharft Kerajaan” di Marudi untuk membolehkan 306 paket bekalan makanan untuk diagihkan kepada penduduk di empat buah kampung antaranya Long Terawan, Long Iman, Kampung Melinau dan Batu Bungan. 

Penghantaran mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan menggunakan bot memandangkan muatan yang berat. -EDISI UKAS

Share

add comment