Hampir 4,000 KIR DUN Nangka Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

SELASA, 8 JUN 2021

SIBU: Seramai 3,787 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan DUN Nangka akan menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang.

Menurut Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee, kerja-kerja pengagihan dijangka selesai hingga Jumaat ini.

“Kita mengagihkan sumbangan bantuan bekalan makanan daripada Kerajaaan Sarawak di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) kepada lebih 3,000 KIR di seluruh kawasan DUN Nangka.

“Kerja-kerja pengagihan dijangka selesai Khamis atau Jumaat,” katanya semasa ditemui ketika turut menyertai pengagihan sumbangan tersebut pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut memohon mereka yang tercicir menghubungi pihaknya untuk tindakan selanjutnya.

“Saya menyeru masyarakat di Sibu yang ada maklumat mengenai ada yang tercicir atau terlepas pandang untuk maklumkan kepada pihak kita,” tambahnya.

Sementara itu, bagi salah seorang penerima, Halim Hamid, sumbangan tersebut amat bermakna untuk meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Turut senada, Dzulhazizi Firdaus Sahari merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khususnya Dr Annuar atas usaha membantu rakyat berdepan dengan waktu sukar ketika ini.-EDISI UKAS

Share

add comment