KIR Di Tellian Mula Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

SELASA, 8 JUN 2021

TELLIAN: Proses agihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi DUN Tellian telah bermula pada Isnin kepada seramai 757 Ketua Isi Rumah (KIR) di beberapa buah rumah panjang.

Untuk DUN Tellian, sebanyak 4,973 pek bakul makanan diperuntukkan dengan 4,352 pek bagi kawasan di bawah DUN Tellian yang terletak dalam Daerah Mukah dan 621 untuk kawasan Daerah Dalat.

Senarai penerima di bawah pentadbiran Daerah Dalat adalah seperti Rumah Simu, Rumah Bihai, Rumah Jawa, Rumah Umpang, Rumah Tinggi, Rumah Bajal, Rumah China, Rumah Agup, Rumah Rantai, Rumah Umpang Munang, Rumah Ranggi, Rumah Albert, Rumah Ayum, Rumah Meling dan kuarters Kerajaan.

Manakala senarai penerima bagi Daerah Mukah adalah Rumah Sipok, Rumah Galom, Rumah Sendiri, Rumah Chok, Rumah Richard Kilat, Rumah Buda, Rumah Jimbau, Rumah Ujan, Rumah Sebou, Rumah Inting, Rumah Entering, Rumah Lampong, Rumah Mambang, Rumah Gundol, Rumah Selai, Rumah Robin, Rumah Sebeli, Rumah Augustine Sumbang dan Rumah Gart.

Bantuan bekalan makanan itu diharap dapat meringankan sedikit bebanan mereka yang terlibat semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Sarawak hingga 14 Jun ini. – EDISI UKAS

Share

add comment