Lebih 2,000 Penduduk Sungai Asap Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

SELASA, 8 JUN 2021

BELAGA: Seramai 1,187 ketua isi rumah (KIR) dari sembilan buah rumah panjang di kawasan Asap telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang 2021 pada Ahad.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, kawasan tersebut mempunyai 20 buah rumah panjang yang terdiri daripada 2,253 KIR.

Bercakap semasa menyertai pengagihan bantuan tersebut di Uma Baha (BRS) Koyan Apau, Sungai Asap, Belaga, beliau berterima kasih kepada agensi yang terlibat dalam melancarkan kerja-kerja pengagihan.

Dalam pada itu, Kennedy turut mengingatkan penduduk agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah dan memutuskan rantaian penularan COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment