SELASA, 8 JUN 2021
LIMBANG: Pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkenaan pemotongan gaji dan elaun selama dua bulan Menteri, Menteri Muda, Ahli Dewan Undangan Negeri GPS dan Setiausaha Politik untuk Tabung Bencana Sarawak mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.
Katanya, jumlah yang disumbangkan itu mungkin tidak banyak tetapi itulah adalah komitmen, solidariti dan sokongan kami serta penjawat awam untuk membantu kerajaan menangani COVID-19 ini.
“Saya merasa perkara ini tidak sewajarnya dipolitikkan. Malah, di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain pun ada juga yang melaksanakan kaedah yang sama termasuk negeri di bawah pembangkang seperti Pulau Pinang.
“Sekali lagi saya menegaskan ini bukan gimik politik tetapi tanda solidariti kita bersama-sama melawan COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika ditanya Pemotongan Gaji Ahli Kabinet Negeri, ADUN dan Setiausaha Politik Tanda Solidariti Bantu Kerajaan Tangani COVID-19 di Pejabat PPWS Bahagian Limbang pada Sabtu.
Terdahulu, Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah meninjau pengagihan bantuan bekalan makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0. -EDISI UKAS