Pengguna Media Sosial Perlu Lebih Berhati-Hati, Tidak Sebar Maklumat Palsu: KM

SELASA, 8 JUN 2021

KUCHING: Para pengguna media sosial diingatkan untuk tidak menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang lain.

Ia ditegaskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg apabila diminta untuk mengulas isu tular di media sosial yang berlaku di kawasan Sungai Plan Bintulu.

Beliau berkata, pengguna media sosial perlu lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan dan tidak menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia menghadapi pandemik COVID-19 ini.

“Saya minta pengguna media sosial bertanggungjawab sekiranya hendak mengeluarkan kenyataan dan setiap hantaran biarlah berasaskan kepada fakta,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang, BKSS 6.0 di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki Kuching pada Selasa.

Ketua Menteri juga memaklumkan, masalah tersebut telah ditangani oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu.-EDISI UKAS

Share

add comment