Pusat Khidmat Pending Agih 270 Sumbangan Bantuan Bekalan Makanan

SELASA, 8 JUN 2021

KUCHING : Pusat Khidmat Pending yang diketuai oleh Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kho Teck Wan telah mengagihkan sumbangan makanan kepada keluarga yang memerlukan di Taman Riverview, Bintawa.

Sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 170 buah keluarga pada Isnin manakala 100  buah keluarga lagi akan diserahkan dalam masa terdekat ini.

Semua penerima sumbangan tersebut menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Pusat Khidmat Pending terutamanya kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas bantuan tersebut yang sedikit sebanyak meringankan beban semasa pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment