1,066 Pek Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Diagih Pada Hari Kedua Di Meradong

SELASA, 9 JUN 2021

BINTANGOR: Sebanyak 1,066 pek Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di Meradong pada hari kedua sejak kerja pengagihan bermula pada Isnin.

Bantuan diagihkan kepada KIR rumah panjang Sungai Lemayong, Ulu Stras, Nanga Stras, Skim B dan Sungai Meradong.

Kerja-kerja pengagihan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada Selasa.

Komuniti Cina di Sungai Petai dan Sungai Narasit turut menerima bantuan tersebut.

Dalam pada itu, Kapitan Wong Mee King dari Sungai Meradong menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di atas sumbangan tersebut.

Kapitan Wong Ming Ging dari Sungai Tulai menyifatkan bantuan tersebut dapat meringankan beban penduduk khususnya komuniti Cina.

Share

add comment