200 Orang Terima Vaksin Sinovac Di PPV Pusat Perubatan Timberland

RABU, 9 JUN 2021

KUCHING: Seramai 200 orang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan Timberland.

Pengurus Kanan Timberland, Lau Kim Lim memberitahu, pusat tersebut menyediakan 200 dos suntikan setiap hari untuk para penerima.

“Kita memang didaftarkan untuk memberi 200 dos kepada penerima setiap hari dan ia untuk pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja,”katanya ketika ditemui pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada bakal penerima vaksin untuk hadir datang mengikut masa temujanji melalui MySejahtera bagi mengelak kesesakan.

Sementara itu semasa meninjau ke pusat tersebut, didapati penerima vaksin adalah dalam kalangan individu yang berumur 60 tahun ke atas.

Rata-rata penerima vaksin yang ditemui juga menyatakan rasa lega dan gembira setelah menerima vaksin.-EDISI UKAS

Share

add comment