Pusat khidmat DUN Kabong Tinjau Tapak PPV

RABU, 9 JUN 2021

KABONG: Pusat Khidmat DUN Kabong bersama Pejabat Residen Betong telah meninjau tapak pusat pemberian vaksin daerah Kabong pada Selasa.

Rombongan tersebut turut disertai wakil Pejabat Daerah Kabong, Pejabat Daerah Kecil Roban, Hospital Betong, Hospital Saratok, Klinik Kesihatan Kabong dan Balai Polis Kabong.

Objektif lawatan adalah bagi meninjau keadaan terkini pusat tersebut selain memastikan kelancaran program vaksinasi seperti yang dirancangkan.

Program vaksinasi untuk daerah Kabong dijangka bermula 14 Jun ini di Dewan Balai Polis Kabong melibatkan penerima yang telah berdaftar secara manual dan menggunakan aplikasi MySejahtera.-EDISI UKAS

Share

add comment