33 KIR Kampung Senayang Terima Bantuan Makanan

RABU,9 JUN 2021

SEBUYAU: Seramai 33 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kampung Senayang di sini menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Selasa.

Penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh Petugas Pusat Khidmat DUN Sebuyau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi kepada Ketua Kaum Tuah Medang untuk diagihkan kepada KIR disitu.

Tuai Rumah Tuah Medang ketika ditemubual memaklumkan bantuan bekalan makanan ini adalah salah satu pakej di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi membantu rakyat.

“Kerajaan Sarawak adalah kerajaan yang terbaik kerana membantu rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19,” katanya.

Selain itu, penerima yang dikenali sebagai Nia Aga memberitahu beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah memberi bantuan makanan untuk membantu meringankan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-EDISI UKAS

Share

add comment