5 Buah Kampung Dalam DUN Ba’kelalan Terima Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

RABU, 9 JUN 2021

LAWAS: Sebanyak lima buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Isnin. 

Antara kampung yang menerima bantuan makanan ini ialah Kampung Punang Trusan, Kampung Long Telingan, Kampung Semadoh Neseb, Kampung Beluyu dan Kampung Long Keberangan.

Setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengambil bantuan makanan ini di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Lawas. 

Simbolik penyerahan telah dilakukan Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong kepada Esam Musa yang telah diberikan tanggungjawab mengagihkan bekalan makanan tersebut ke setiap kampung dalam DUN Ba’kelalan. 

Hadir sama Setiausaha PBB Cawangan DUN Bakelalan Kaunselor Donnie Erwan Baru dan Pemuda PBB DUN Ba’kelalan. -EDISI UKAS

Share

add comment