518 Paket Bekalan Makanan BKSS Diagihkan Di 10 Buah Kampung

RABU, 9 JUN 2021

LAWAS: Sebanyak 518 paket Bekalan Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) telah diagihkan kepada penduduk di 10 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari pada Isnin. 

Simbolik penyerahan telah dilakukan Pegawai Daerah Lawas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lawas Ladin Atok kepada setiap ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan disaksikan Setiausaha PBB Cawangan Bukit Sari Awang@Ibrahim Ibrahim dan Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Bukit Sari Madun Nasib. 

Pengaihan ini dilakukan Pusat Khidmat DUN Bukit Sari dengan kerjasama JPBD Lawas. 

Antara kampung yang terlibat dalam pengagihan Bekalan Makanan BKSS ialah Kampung Kerangan, Kampung Lakutan, Kampung Ladang Baru, Kampung Surabaya, Kampung Baru Mission, Kampung Luagan, Kampung Seberang Kedai, Sekolah Teologi MIM, Sekolah Kebangsaan (SK) Kerangan dan SK Ladang Baru. -EDISI UKAS

Share
0