663 Pek Bantuan Makanan Diagih Kepada 27 Rumah Panjang, 2 Kampung Sekitar Batang Igan

RABU, 9 JUN 2021

IGAN: Sebanyak 663 pek Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang PKP diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di 27 rumah panjang di sekitar Batang Igan.

Selain itu, dua buah kampung iaitu Kampung Bungan Kecil dan Kampung Bungan Besar turut menerima bantuan sama yang diserahkan pada Rabu.

Penghantaran bantuan memakan masa selama dua jam dari Sibu dengan menggunakan pengangkutan air dan turut dibantu beberapa ahli Jawatankuasa SUPP Cawangan Bawang Assan termasuk Pengerusinya, Senator Robert Lau Hui Yew dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Daniel Bujal. – EDISI UKAS

Share

add comment