7,026 KIR DUN Tamin Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

RABU, 9 JUN 2021

SELANGAU: Seramai 7,026 ketua isi rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang.

Pengagihan bantuan telah bermula sejak beberapa hari lepas dan dijangka selesai pada hari Rabu dengan pengagihan diteruskan untuk KIR di kawasan Selangau dan Lemai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan tersebut untuk Stapang, Batang Oya, Tamin dan Sekuau pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berharap bantuan Kerajaan Negeri itu dapat meringankan beban penduduk susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Beliau turut mengingatkan penduduk agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment