ADUN Kakus Tinjau Proses Vaksinasi Di PPV Dewan Sukan Tatau

RABU, 9 JUN 2021

TATAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai telah meluangkan masa selama sejam bagi meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau pada Isnin. 

Tinjauan ini bagi melihat kelancaran pemberian vaksin dan mendapatkan reaksi daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai keperluan lain yang diperlukan bagi menambahbaik kelancaran proses pemberian vaksin. 

Selain petugas KKM, proses vaksinasi di PPV Dewan Sukan Tatau turut dibantu sukarelawan MyVacc. 

Pada Isnin, seramai 432 orang penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama yang terdiri daripada warga emas dan golongan rentan yang berisiko tinggi. 

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong dan Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian. -EDISI UKAS

Share
0