ADUN Kakus Tinjau Tapak Projek RTP Rumah Panjang Baharu Rh Luming, Projek Bina Baru Jalan Rh Jelia Dan Rh Karong

RABU, 9 JUN 2021

TATAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai telah mengadakan tinjauan tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Rumah Panjang Baharu Rh Luming dan Projek Bina Baru Jalan Rh Jelia dan Rh Karong pada Selasa. 

Beliau yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak bersama pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR)  dan kontraktor meninjau dan melihat sendiri kerja-kerja pembinaan kedua-dua projek tersebut serta membincangkan cadangan penambahbaikan bagi memastikan projek tersebut memberi manfaat kepada penduduk setempat. 

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong, wakil JKR Bahagian Bintulu dan wakil Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS

Share

add comment