ADUN Nangka Lawat PPV Kem Batu 14 Jalan Oya, Santuni Anggota Tentera

RABU, 9 JUN 2021

SIBU: Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapaee berkesempatan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Angkatan Tentera di Kem Batu 14 Jalan Oya pada Rabu.

Dalam lawatan itu, beliau yang juga ADUN Nangka turut meninjau proses pemberian dos kedua vaksin kepada seramai 200 orang anggota tentera.

Ia disusuli dengan penyerahan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang kepada petugas barisan hadapan iaitu anggota tentera di kem tersebut dan juga di Kem Junaco.

Sebanyak 201 bungkusan makanan telah diagihkan kepada Kem Batu 14 manakala sebanyak 83 bungkusan diagihkan kepada Kem Junaco. – EDISI UKAS

Share

add comment