Datuk Amar Michael Manyin Sumbang Cek MRP Dan Peralatan Kepada PPV Baharu Di Tebedu

RABU, 9 JUN 2021

TEBEDU: Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyumbangkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) termasuk komputer riba, mesin cetak dan kerusi roda kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Serian.

Penyerahan sumbangan diadakan dalam sebuah majlis ringkas yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada pada Selasa.

Sumbangan berjumlah RM40,000 tersebut adalah untuk pusat vaksinasi baharu yang akan beroperasi di Dewan Masyarakat Tebedu dan akan dirasmikan oleh Datuk Amar Michael pada 12 Jun ini.

Ini adalah merupakan sumbangan kedua beliau selepas Pusat Program Vaksinasi (PPV) Dewan Masyarakat Serian.

Datuk Amar Michael juga berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban Pejabat Kesihatan Bahagian Serian dari segi kewangan dan peralatan. –EDISI UKAS

Share

add comment