RABU, 9 JUN 2021
SEBUYAU: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Menek dan Kampung Lutong telah membuat inisiatif dengan mengadakan tinjauan serta membuat penutupan jalan di kampung dan sekitar Pekan Sebangan pada Rabu.
Ia adalah bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 selain memastikan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi.
Menurut Kauselor Rabaie, pemantauan menyeluruh telah dilakukan yang melibat kawasan Pekan Sebangan, jalan kampung dan tempat awam.
“Sepanjang pemantauan pematuhan SOP PKP didapati keadaan terkawal dan didapati penduduk sentiasa menyokong seruan kerajaan untuk patuh SOP dan keluar apabila perlu sahaja,” katanya.-EDISI UKAS