KIR Kampung Bukit Berangan Terima Bekalan Makanan BKSS 6.0

RABU, 9 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN: Kira-kira 75 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Bukit Berangan menerima bekalan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi kawasan DUN Stakan, pada Selasa.

Penyerahan disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Mohd Ainnie Wahab kepada Ketua Kampung Bukit Berangan, Sini Sani bertempat di surau Darul Malihah Kampung Bukit Berangan.

Beberapa penerima yang ditemubual merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan ADUN Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud atas bantuan tersebut. -EDISI UKAS

Share
0