KMKK Wakili Penduduk Ambil Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

RABU, 9 JUN 2021

LAWAS: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah diberikan tanggungjawab mewakili penduduk kampung untuk mengambil bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang. 

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, hanya KMKK sahaja yang tahu jumlah ketua Isi Rumah (KIR) dan mereka yang memerlukan bagi mendapatkan bantuan makanan ini. 

“KMKK telah diberikan tanggungjawab untuk mengambil jumlah KIR di setiap kampung bagi mendapatkan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang sebaik sampai di kampung nanti.

“Pengagihannya akan dilakukan bersama dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  bagi memastikan setiap KIR menerima bantuan makanan itu nanti,” katanya selepas mengagihkan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Selasa.

Sementara itu, sebanyak 118 bakul makanan telah diserah dan diagihkan kepada penduduk di Kampung Long Sukang. -EDISI UKAS

Share
0