Lagi 336 Warga Emas Dan Golongan Berisiko Di Daerah Bau Lengkap Vaksin COVID-19

RABU, 9 JUN 2021

BAU: Seramai 336 individu lagi dari golongan warga emas dan berisiko di daerah Bau berjaya melengkapkan dos kedua suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak pada Selasa.

Rata-rata penerima vaksin jenis Pfizer itu memberikan kerjasama dengan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula pada jam 8 pagi hingga 3 petang.

Antara agensi yang membantu dalam program tersebut, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share
0