Lebih 5,000 KIR Di DUN Balingian Akan Menerima Bantuan Bekalan Makanan BKSS 6.0

RABU, 9 JUN 2021

MUKAH: Sekitar 5,555 ketua isi rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang BKSS 6.0.

Menurut wakil rakyatnya, Abdul Yakub Arbi, jumlah tersebut termasuk jumlah luar jangka dan diagihkan secara berperingkat.

Bercakap kepada UKAS pada Selasa, beliau menambah, bantuan tersebut merupakan usaha Kerajaan Sarawak mengurangkan kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) terhadap penduduk khususnya di luar bandar.

Dalam pada itu, sebanyak 259 Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang telah diagihkan di kawasan sekitar Kuala Balingian hingga Setuan pada Selasa.

Sementara itu, Tuai Rumah Nuwie Seleyu merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di atas bantuan yang diberikan kepada mereka.

Tuai Rumah Mikai Saban turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dalam memastikan penduduk luar bandar menerima bantuan pada masa ini.-EDISI UKAS

Share

add comment