MBM Bantu Lebih 600 Pemilik Premis, Pekerja Daftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

RABU, 9 JUN 2021

MIRI: Lebih 600 premis berlesen di bawah Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19. 

Dalam kenyataan media pada Selasa, MBM memberitahu pendaftaran ini melibatkan pengendali dan pekerja yang bekerja di premis mereka. 

Ini adalah untuk mempercepat Program Vaksinasi khususnya bagi pengusaha dan pekerja sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka juga dianggap sebagai salah satu kumpulan yang selalu berhubung dengan masyarakat umum.

Dalam pada itu, jelas MBM lagi pihaknya telah melaksanakan kerjasama perjanjian dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sejak 28 Mei 2021 bagi memastikan setiap premis yang berlesen di bawah pentadbiran mereka mendapat faedah. -EDISI UKAS

Share
0