Pemuda PBB DUN Ba’kelalan Bantu Agih Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

RABU, 9 JUN 2021

LAWAS: Proses pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan turut mendapat kerjasama daripada Pemuda PBB DUN Ba’kelalan. 

Sebanyak 280 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk di lima buah kampung pada Isnin antaranya Kampung Munchu, Kampung Bukit Damai, Kampung Undop, Kampung Lempaki Tengah dan Kampung Lempaki Ulu. 

Bantuan bekalan makanan ini dihantar ke setiap rumah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) setiap kampung sebelum diagihkan kepada penduduk masing-masing. -EDISI UKAS