Penduduk DUN Tebedu Terima Bekalan Makanan BKSS 6.0

RABU, 9 JUN 2021

TEBEDU : Sejumlah 1093 bekalan makanan dibawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 telah diagihkan oleh Pusat Khidmat DUN Tebedu, bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada, sebanyak 14 buah kampung di kawasan itu telah berjaya diagihkan pada Rabu, manakala selebihnya akan terus diagihkan pada hari berikutnya sehingga selesai selewatnya sebelum 11 Jun 2021.

Penyerahan bantuan disempurnakan di Tebedu One Stop Centre (TOSC) bermula jam 2.30 petang sehingga 4 petang.- EDISI UKAS

Share
0