Penduduk Kampung Pangi Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

RABU, 9 JUN 2021

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong menyerahkan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang kepada penduduk di Kampung Pangi. 

Sebanyak 160 bakul makanan telah diserahkan kepada penduduk sebagai usaha meringankan beban penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Simbolik penyerahan telah dilakukan Dato Henry yang juga Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar kepada Ketua Kaum Marhassan Pangkat di Dewan Kampung Pangi pada Isnin. 

Sementara itu, Ketua Kaum Marhassan yang mewakili penduduk di Kampung Pangi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Datuk Henry ke kampung mereka dan seterusnya menyampaikan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang. -EDISI UKAS

Share
0