Pengagihan Bekalan Makanan BKSS DUN Bukit Sari Bermula Isnin

RABU, 9 JUN 2021

LAWAS: Pusat Khidmat DUN Bukit Sari dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lawas mula mengagihkan Bekalan Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) pada Isnin. 

Acara simbolik penyerahan dilakukan Pegawai Daerah Lawas merangkap Pengerusi JPBD Lawas Ladin Atok mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

Peringkat pertama ini, Bekalan Makanan BKSS diagihkan kepada penduduk di Zon Merapok, Lawas dengan jumlah bilangan rumah ialah 455 buah dan 658 paket makanan. 

Antara kampung yang terlibat dalam pengagihan ini ialah Kampung Bangkatan, Kampung Masjid Baru, Kampung Petarikan, Kampung Languban, Kampung Bukit Puan, Kampung Sasa, Kampung Tanah Sibagol, Long Merambai, Meragang, Kampung Bukit Manang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok, Sekolah Kebangsaan (SK) Merapok, SK Ulu Merapok dan CIQ Merapok.

Hadir sama Setiausaha PBB Cawangan DUN Bukit Sari Awang@Ibrahim Ibrahim dan Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Bukit Sari Madun Nasib. -EDISI UKAS

Share
0