Penyerahan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di Batu Kitang

RABU, 9 JUN 2021

KUCHING: Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meneruskan pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Batu Kitang pada Selasa.

Sebanyak 747 bungkusan makanan berjaya diagihkan kepada 1,273 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan tersebut.

Penerima bantuan adalah penduduk daripada Kampung Haji Baki block A (293 KIR), Kampung Haji Baki block B (240 KIR), Kampung Haji Baki block C (156 KIR), Kampung Haji Baki (93 KIR), Kampung Batu Kitang Jaya (85 KIR), Kampung Batu Kitang (35 KIR), Kampung Lidah Tanah (120 KIR), Kampung Bunga Rampai (205 KIR), dan Kampung Bukit Panchor (46 KIR).

Penyerahan secara berperingkat telah dilaksanakan sejak Isnin lepas dan dijangka selesai pada 11 Jun 2021. –EDISI UKAS

Share

add comment