Tiga Buah Kampung, 39 Rumah Panjang Terima 1,017 Bakul Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

RABU, 9 JUN 2021

BINTULU: Sebanyak 1,107 Ketua Isi Rumah (KIR) dari tiga buah kampung di kawasan Sungai Sebungan, Kampung Pandan, Nanga Pandan, Sungai Sarau, Sungai Senga dan Kampung Melayu Hulu dan Hilir Sebauh dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Selasa. 

Pembahagian dibahagikan dua pusat pengagihan iaitu di Jeti Jabatan Kerja Raya (JKR) Kampung Pandan dan Feri Ramp DD Oil Mail. 

Misalnya, di jeti JKR Kampung Pandan mengambil kira rumah panjang di Nanga Pandan yang menggunakan laluan sungai dan tempat paling dekat bagi mereka hadir menerima bantuan selain Kampung Pandan yang berada di seberang sungai. -EDISI UKAS

Share
0