10 Kampung Di Undop Terima Bantuan Bekalan Makanan BKSS 6.0

KHAMIS, 10 JUN 2021

SRI AMAN: Sebanyak 10 kampung di kawasan Undop menerima bantuan bekalan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Antara kampung yang menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang itu adalah Kampung Samak, Ulu Apakh, Undop; Kampung Radau, Undop; Kampung Kaong, Ulu Undop, Kampung Kaong, Ili Undop; Kampung Paku, Ulu Undop; Kampung Paku, Ili Undop; Kampung Sungai Putong, Undop; Kampung Lubok Buntih, Undop; Kampung Sebangkoi, Ulu Paku Undop dan Kampung Sebujok, Undop.

Simbolik penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Kaunselor Gerunsen Nyelang, Bair Kanchuh dan Mat Kanchuh.

Sementara itu, penerima bantuan tersebut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di atas bantuan tersebut yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan impak pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment