10070 KIR Di DUN Mambong Akan Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

PADAWAN : Seramai 10070 Ketua Isi Rumah (KIR), melibatkan 83 kampung dan kawasan perumahan diseluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong akan menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang 2021 dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil, bantuan telah diagihkan melalui Ketua Kaum dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing dengan bantuan 20 orang sukarelawan sejak 8 Jun 2021 dan dijangka selesai selewat-lewatnya 14 Jun ini.

Beliau yang hadir melancarkan pengurusan bantuan tersebut pada Rabu, amat berpuas hati dengan hasil kerja yang dilaksanakan oleh pihak Pejabat Daerah Kecil Padawan dan UKAS dalam menyelaras bantuan berkenaan dengan teratur tanpa sebarang masalah.

Datuk Jerip dalam pada itu juga telah menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 masing-masing kepada JKKK Kampung Jambu dan DBNA Padawan Branch. -EDISI UKAS

Share

add comment