KHAMIS, 10 JUN 2021
TATAU: Sepanjang tempoh tiga hari bermula 7 hingga 9 Jun 2021, seramai 1,072 penduduk hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau pada Rabu.
Jumlah ini sangat memberansangkan dengan 432 penerima vaksin mendapatkan suntikan vaksin pada 7 Jun dan disusuli 440 orang pada 8 Jun serta 200 orang pada 9 Jun 2021.
Mereka ini merupakan penerima vaksin COVID-19 fasa kedua melibatkan warga emas dan golongan rentan yang berisiko tinggi.
Sehingga kini, program vaksinisasi COVID-19 fasa kedua masih lagi diadakan dan mendapat bantuan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibantu Sukarelawan MyVac, jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kakitangan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS