1,074 Ketua Isi Rumah DUN Serembu Terima Sumbangan Bantuan Bekalan Makanan BKSS 6.0

KHAMIS, 10 JUN 2021

BAU: Seramai 1,074 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu telah menerima bantuan bekalan makanan Bantuan Khas SarawakKu Sayang (BKSS) 6.0 sumbangan kerajaan Sarawak pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh telah menyampaikan sumbangan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang tersebut yang melibatkan KIR daripada 13 buah kampung yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penerima sumbangan tersebut membabitkan KIR dari Kampung Ledan Gumbang dengan seramai 81 KIR, Kampung Pengkalan Tebang (95), Kampung Matan Nguan (51), Kampung Rabak Rotan (65) dan Kampung Tringgus Bong (80).

Manakala kampung Blimbin pula sebanyak seramai 123 KIR, Kampung Pedaun Bawah (53), Kampung Fairy (41) dan Kampung Batu Spit (115).

Pengagihan kemudian diteruskan ke Kampung Puak sebanyak 111 KIR, Kampung Tonga (55), Kampung Bijuray Mongag (109) dan Kampung Kaman (95).

Pengagihan bantuan telah dikendalikan oleh petugas pejabat Pusat Khidmat ADUN Serembu dengan dibantu oleh ahli Majlis Daerah Bau, ketua kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan berkenaan.-EDISI UKAS

Share

add comment