1,255 KIR Kawasan DUN Lingga Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

MALUDAM : Sebanyak 1,255 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga melibatkan 6 buah kampung, 6 buah rumah panjang dan satu penempatan Cina (Pasar Maludam) menerima bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang, pada Rabu.

Penyerahan disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kecil Maludam, Noraini Eden mewakil mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri kepada Ketua Kampung serta Tuai Rumah seluruh Maludam.

Antara lokasi yang diagihkan bantuan adalah di Kampung Hilir Maludam, Kampung Belakang Pasar Maludam, Pasar Maludam, Kampung Tengah Maludam, Kampung Hulu Maludam, Kampung Seberang Maludam, Rh. Layang Sungai Suak Maludam, Rh. Tuntun Tanjung Baru Maludam, Rh. Kunjang Sungai Daun Maludam, Rh. Bayang Sungai Mulon Maludam, Rh. Kimbi Sungai Daun Maludam, Rh. Musa Sungai Meranti Malidam dan Kampung Triso Maludam -EDISI UKAS

Share

add comment