201 Penduduk Telang Usan Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

KHAMIS, 10 JUN 2021

LONG LAMA: Seramai 201 penduduk Telang Usan menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C)  Kee Tee pada Rabu. 

Mereka merupakan sebahagian daripada penerima vaksin COVID-19 Fasa Kedua yang terdiri daripada warga emas dan golongan rentan yang berisiko tinggi. 

Seawal jam 8.00 pagi, penerima vaksin COVID-19 mula membanjiri PPV SJK C Kee Tee yang menggambarkan penduduk mula sedar akan kepentingan vaksin COVID-19 dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.

Dalam memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi, penerima vaksin dikehendakai datang ke PPV mengikut masa janji temu yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan. -EDISI UKAS

Share
0