378 KIR Di DUN Bukit Semuja Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Fasa Ke-4

KHAMIS, 10 JUN 2021

SERIAN : Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja bagi Fasa ke-4 diteruskan pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus turut sama hadir bagi menyempurnakan penyampaian bantuan berkenaan kepada Ketua Kampung untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan masing-masing dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sehubungan dengan itu, seramai 378 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 11 buah kampung telah menerima bantuan tersebut, termasuk sejumlah kecil senarai KIR yang tercicir semasa pengagihan bermula 5 Jun lepas. -EDISI UKAS

Share
0