4,900 Bakul Makanan Akan Diedarkan Di DUN Telang Usan

KHAMIS, 10 JUN 2021

LONG LAMA: Sebanyak 4,900 bakul makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) akan diagihkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan secara berperingkat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, pengagihan bantuan makanan ini diagihkan secara berperingkat dan berdasarkan jumlah penerima yang telah dikemaskini.

Buat permulaan ini, sebanyak 268 bakul Bekalan Makanan Sarawakku Sayang mula diagihkan kepada penduduk di dua buah kampung di sekitar Pekan Long Lama iaitu Kampung Kayan Long Lama dan Kampung Cina pada Rabu. 

Ini bagi memastikan tiada penduduk yang tercicir dalam menerima Bekalan Makanan Sarawakku Sayang sumbangan Kerajaan Sarawak. 

Hadir sama Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Penghulu Kaum Cina Long Lama Desmond Yap, Pejabat Daerah Telang Usan SAO Ping Anyi dan Pemuda PDP Sarawak David Yeo. -EDISI UKAS

Share

add comment