496 KIR Dari 26 Kampung Di Undop Terima Bantuan Bekalan Makanan BKSS 6.0

KHAMIS, 10 JUN 2021

SRI AMAN: Sebanyak 26 kampung yang melibatkan 496 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh Undop menerima bantuan bekalan makanan di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi kawasan DUN Simanggang.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Titikah, Batu Lintang Undop; Kampung Entebar, Batu Lintang, Undop; Kampung Batu Lintang, Undop; Kampung Sg Nunggang, Temiang; Kampung Temiang Baru, Undop; Kampung Temiang Jambatan Undop; Kampung Temiang Asal Batu Lintang; Kampung Ijok Batu Lintang Undop; Kampung Sungai Reboh Batu Lintang; Kampung Munggu Ruan Batu Lintang; Kampung Munggu Ruan B Batu Lintang; Kampung Sungai Labi Batu Lintang, Kampung Rampu Wie Batu Lintang; Kampung Purai Batu Lintang Undop dan Kampung Munggu Demam Batu Lintang

Turut terlibat Kampung Sungai Tandok Ulu Batu Lintang; Kampung Sungai Tandok C Batu Lintang; Kampung Sungai Tandok Ili Undop; Kampung Empadi Ulu Batu Lintang; Kampung Empadi Tengah Batu Lintang; Kampung Empadi Baru Batu Lintang; Kampung Empadi Ili Batu Lintang Undop; Kampung Kenyungan Batu Lintang; Kampung Sengkuang Ulu Undop; Kampung Sengkuang Ili Batu Lintang dan Kampung Sengkuang Titing Kemayau.

Penduduk yang menerima bantuan tersebut menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis yang membantu meringankan beban penduduk yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-EDISI UKAS

Share

add comment