5,000 Bekalan Makanan Diterima Di DUN Opar

KHAMIS 10 JUN 2021

LUNDU: Sebanyak 5,000 bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang diagihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar pada Khamis.

Ia diserahkan secara berperingkat melalui ketua kaum untuk diagihkan kepada penduduk masing-masing yang memerlukan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

Bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada seramai 3,290 ketua isi rumah (KIR) dari 29 buah kampung dalam kawasan Opar termasuk lapan buah kampung dalam Daerah Bau.

Penyerahan bantuan bekalan makanan tersebut juga turut disaksikan oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Opar, Kaunselor Niponi Undek.-EDISI UKAS

Share

add comment